Slideshow

Saturday, 26 March 2011

Cikgu Piey punya design ^___^

Gambar ini merupakan hasil pertama menggunakan Adobe Photoshop yang mana ia banyak menampak kelemahan. Sebenarnya idea yang ingin diketengahkan ialah Landskap dan Nurseri namun kami telah bersepakat untuk mengecilkan skop kami yang mana kami fokuskan kepada kanak-kanak. Gambar ini menceritakan bagaimana suasana di Tasik Proton City, Tg Malim mampu berubah menjadi sebuah taman permainan kanak-kanak yang mana ibu bapa datang untuk beriadah dan kanak-kanak boleh bermain.

Siapa sangka siap duga…Tasik Proton City Tangjong Malim akan berubah wajah dengan idea-idea baru yang mampu memberikan manfaat kepada komuniti Tanjong Malim. Gambar kedua ini menjurus kepada penggunaan ruang di tepi tasik telah diubah menjadi sebuah landskap kanak-kanak. Para ibu bapa juga berpeluang untuk mempelajari tentang tanaman landskap di gazebo yang telah disediakan.


Kawasan lapang di hadapan bahagian tasik telah diberi nafas baru dengan idea-idea landskap untuk kanak-kanak. Para ibu bapa usah risau dengan keselamatan kanak-kanak yang mana taman ini dibina berhampiran kawasan perumahan dan para ibu bapa juga boleh datang untuk berjonggung atau sekadar menjadi pemerhati kepada anak-anak yang khuyuk bermain. Disamping itu, ibu bapa juga berpeluang untuk bercucuk tanam di kawasan yang disediakan bagi mencantikkan lagi kawasan landskap ini.
(NOR HAPIZAH BT OTHMAN-D20072031113)

7 comments:

fifi said...

pumpkin house tu nampak menarik..mesti kanak2 seronok nak main kat ctu...and roller coster ladybird tue pon interesting..klu betul2 diaplikasikan memg terbaik tok perkembangan kanak2

nadia said...

cantik...bgs utk aktiviti kanak2 pd waktu ptg...kanak2 lbh aktif n ceria

nieneey said...

idea yang bagus...sesuai dengan kawasan...bijak2

Anonymous said...

suatu hasil yang menarik tetapi memerlukan masih banyak penambahbaikkan

suzielawati said...

wah..sejak bila jadi desiner taman kanak2 ni???
apa2 syabas..suatu hasil yang manarik.
hope dapat buat idea yang keatif untuk design akan datang

khairil said...

simple n menarik

CikguKH said...

terima kasih kerana sudi memberi komen yang memberansangkan...insyaAllah saya akan memperbaiki pada masa hadapan

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...