Slideshow

Sunday, 27 March 2011

Saturday, 26 March 2011

cikgu maz punya design ^_____^


Assalamulaikum semua…ini adalah 3 design yang telah saya hasilkan..kumpulan kami telah memilih topik  landskap sebagai tajuk utama bagi pengubahsuaian tempat di Tasik Proton City berdasarkan skop subjek kami… Bagi ketiga-tiga design ini saya menggabungkan konsep landskap dan nurseri serta taman permainan kanak-kanak untuk projek ini. Semua design dilengkapi dengan pusat teknologi maklumat bagi memudahkan pengunjung untuk mendapatkan maklumat yang diperlukan semasa berada ditempat tersebut..Design yang pertama dengan bangunan atau tempat untuk ibu bapa, kanak-kanak dan komuniti setempat untuk mendapatkan maklumat serta melihat nama dan sepsis  bunga dari seluruh Negara tidak kira la dari luar dan dalam Negara. Di situ juga kami menyediakan informasi tentang dunia penlandskapan dan cara- cara penyelenggaraan landskap bagi ibu bapa atau komuniti yang suka kan kehijauan di kawasan ruang rumah.Selain pusat teknologi maklumat, permaianan juga telah disediakan untuk kanak-kanak yang datang beriadah bersama keluarga….Touch skrin disediakan di setiap tempat untuk memudahkan pengunjung terutamanya kanak-kanak bagi mendapatkan maklumat tentang nama dan spesis yang berada di kawasan tersebut…Meletakkan peta sebagai lantai dapat membantu perkembangan dan mengasah minda kanak-kanak dalam mengenal nama-nama negeri sambil bermain.


Selain itu ketiga-tiga design juga menyediakan satu alat suara yang apabila ditekan button ye mengeluarkan buinyi atau suara tentang maklumat kawasan persekitaran bagi memudahkan para pengunjunga yang datang….. Landskap taman permainan ini secara tidak langsung dapat menyampaikan maklumat dan mengembangkan fikiran kanak-kanak dan ia selari dengan nama taman permainan kami yang bertemakan taman permainan bermaklumat.. Wakaf juga disediakan untuk menjadi tempat rehat pengunjung yang datang….
LANASI



Penggunaan elemen seperti pancutan air  dan wakaf dapat mewujudkan suasana persekitaran yang selesa dan segar bagi pengujung yang datang. Kesemua design adalah sama Cuma design yang ketiga saya tambahkan water fountain…design ketiga ini juga saya menyediakan 2 bangunan atau tempat maklumat untuk landskap dan nursery bagi pengunjung yang datang…..

Maznah bt Mahasan (d2007203118)

Cikgu Piey punya design ^___^

Gambar ini merupakan hasil pertama menggunakan Adobe Photoshop yang mana ia banyak menampak kelemahan. Sebenarnya idea yang ingin diketengahkan ialah Landskap dan Nurseri namun kami telah bersepakat untuk mengecilkan skop kami yang mana kami fokuskan kepada kanak-kanak. Gambar ini menceritakan bagaimana suasana di Tasik Proton City, Tg Malim mampu berubah menjadi sebuah taman permainan kanak-kanak yang mana ibu bapa datang untuk beriadah dan kanak-kanak boleh bermain.

Siapa sangka siap duga…Tasik Proton City Tangjong Malim akan berubah wajah dengan idea-idea baru yang mampu memberikan manfaat kepada komuniti Tanjong Malim. Gambar kedua ini menjurus kepada penggunaan ruang di tepi tasik telah diubah menjadi sebuah landskap kanak-kanak. Para ibu bapa juga berpeluang untuk mempelajari tentang tanaman landskap di gazebo yang telah disediakan.


Kawasan lapang di hadapan bahagian tasik telah diberi nafas baru dengan idea-idea landskap untuk kanak-kanak. Para ibu bapa usah risau dengan keselamatan kanak-kanak yang mana taman ini dibina berhampiran kawasan perumahan dan para ibu bapa juga boleh datang untuk berjonggung atau sekadar menjadi pemerhati kepada anak-anak yang khuyuk bermain. Disamping itu, ibu bapa juga berpeluang untuk bercucuk tanam di kawasan yang disediakan bagi mencantikkan lagi kawasan landskap ini.
(NOR HAPIZAH BT OTHMAN-D20072031113)

Cikgu Pyja punya design ^____^


Di atas merupakan 3 design yang disediakan  untuk tugasan pertama. Kumpulan kami memilih  topik landskap bagi pengubahsuaian  tempat di tasik Proton City. Design yang dihasilkan adalah gabungan antara landskap dan Taman permainan kanak–kanak. Ketiga-tiga design yang dihasilkan adalah taman permainan kanak-kanak yang dilengkapi dengan pelbagai  kemudahan untuk keselesaan  pengguna taman permainan ini. Taman permainan ini juga dilengkapi dengan teknologi yang canggih dan kanak-kanak dapat merasai pengalaman baru melalui digital kiosk interactive yang terdapat dalam taman permainan ini. Taman permainan ini juga mesra pengguna dan dapat memberi ketenangan dan keselesaan kepada pengguna dan terdapat pelbagai jenis tumbuhan yang memberi pemandangan yang menarik pada taman permainan kanak-kanak ini.


(NOORAFIZAH BT SAJIMIN-D20072031128)

Cikgu Nur punya design ^____^


Rekaan yang keempat ini ada persamaan dengan rekaan kedua cuma bentuk landskap yang digunakan berbeza. Penggunaan warna hijau dapat merehatkan mata dan minda untuk ibu bapa kanak-kanak yang datang berkunjung ke taman kami....

Dalam rekaan ketiga ini, kita dapat lihat lantai yang digunakan untuk tempat permainan kanak-kanak ini bergambar peta Malaysia. Sambil bermain kanak-kanak dapat mengasah minda mereka dan mengenal tempat-tempat di Malaysia. Landskap taman permainan kanak-kanak ini secara tidak langsung dapat menyampaikan maklumat dan mengembangkan fikiran kanak-kanak dan ia selari dengan nama taman permainan kami yang bertemakan taman permainan bermaklumat..sambil bermain kanak-kanak akan belajar.

Rekaan kedua berkonsepkan taman permainan kanak-kanak bermaklumat dimana dapat dilihat touch screen yang diletakkan untuk memberi pengetahuan kepada kanak-kanak mengenai alam sekelilingnya dan bertemakan landskap dimana kita dapat lihat pancuran air, pokok yang berbentuk bangau selain berlatar belakangkan tasik proton.
Rekaan pertama merupakan taman permainan kanak-kanak. Dalam rekaan ini dapat dilihat permainan yang berbentuk binatang dan dapat lihat juga bentuk-bentuk landskap yang menghiasi taman permainan kanak-kanak ini. selain mencantikkan kawasan, taman ini juga dapat memberi ketenangan kepada pengunjung...^___^
(NUR FADZLIN BT AWANG NOH-D20072031136)
      

Cikgu Nieyza punya design ^____^



Berbalik kepada projek kami, ini merupakan design yang dihasilkan oleh kami untuk pengubahsuaian di tasik proton city. Design ini adalah berdasarkan skop subjek kami, memilih topic landskap sebagai tajuk utama bagi projek ini. Dari tajuk tersebut kami memilih taman permainan kanak-kanak untuk projek ini. Taman ini dilengkapi dengan pusat teknologi maklumat bagi pengunjung yang ingin mendapatkan sebarang maklumat. Ia terhad hanya didalam Negara shj. Pengunjung boleh it centre dimana ia dilengkapi dengan teknologi komunikasi yang terkini.

Taman kanak-kanak pula dilengkapi dengan persikataran yang selamat. Lantai permainan adalah menggunakan rubber tile. Selain itu, taman ini diletakkan arca-arca binatang, buah-buahan, sayuran supaya kanak-kanak dapat mengenalinya. Taman ini juga, dihiasi dengan landskap tumbuh-tumbuhan hijau, bungaan yang berwarna-warni agar persekitarannya menarik serta akan terus mengekalkan sistem ekologi. Dengan adanya taman ini, ibubapa boleh membenarkan anak-anak mereka bermain dan ibubapa boleh melawat pusat ict yang terdapat disini serta menjalankan pelbagai aktiviti lain. Diharapkan dengan rekaan ini, komuniti di tanjong malim dan diluar sana berminat dan bersetuju dengan idea dari saya dan rakan-rakan. Diharapkan juga, kita sama-sama akan menikmati perubahan ini.
(ROSNIZA BT MOHD ROSZAMI-D20072031115)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...