Slideshow

Pages

Friday 8 April 2011


selamat menonton dan semoga terhibur..terima kasih kepada semua...

Sunday 27 March 2011

Saturday 26 March 2011

cikgu maz punya design ^_____^


Assalamulaikum semua…ini adalah 3 design yang telah saya hasilkan..kumpulan kami telah memilih topik  landskap sebagai tajuk utama bagi pengubahsuaian tempat di Tasik Proton City berdasarkan skop subjek kami… Bagi ketiga-tiga design ini saya menggabungkan konsep landskap dan nurseri serta taman permainan kanak-kanak untuk projek ini. Semua design dilengkapi dengan pusat teknologi maklumat bagi memudahkan pengunjung untuk mendapatkan maklumat yang diperlukan semasa berada ditempat tersebut..Design yang pertama dengan bangunan atau tempat untuk ibu bapa, kanak-kanak dan komuniti setempat untuk mendapatkan maklumat serta melihat nama dan sepsis  bunga dari seluruh Negara tidak kira la dari luar dan dalam Negara. Di situ juga kami menyediakan informasi tentang dunia penlandskapan dan cara- cara penyelenggaraan landskap bagi ibu bapa atau komuniti yang suka kan kehijauan di kawasan ruang rumah.Selain pusat teknologi maklumat, permaianan juga telah disediakan untuk kanak-kanak yang datang beriadah bersama keluarga….Touch skrin disediakan di setiap tempat untuk memudahkan pengunjung terutamanya kanak-kanak bagi mendapatkan maklumat tentang nama dan spesis yang berada di kawasan tersebut…Meletakkan peta sebagai lantai dapat membantu perkembangan dan mengasah minda kanak-kanak dalam mengenal nama-nama negeri sambil bermain.


Selain itu ketiga-tiga design juga menyediakan satu alat suara yang apabila ditekan button ye mengeluarkan buinyi atau suara tentang maklumat kawasan persekitaran bagi memudahkan para pengunjunga yang datang….. Landskap taman permainan ini secara tidak langsung dapat menyampaikan maklumat dan mengembangkan fikiran kanak-kanak dan ia selari dengan nama taman permainan kami yang bertemakan taman permainan bermaklumat.. Wakaf juga disediakan untuk menjadi tempat rehat pengunjung yang datang….
LANASI



Penggunaan elemen seperti pancutan air  dan wakaf dapat mewujudkan suasana persekitaran yang selesa dan segar bagi pengujung yang datang. Kesemua design adalah sama Cuma design yang ketiga saya tambahkan water fountain…design ketiga ini juga saya menyediakan 2 bangunan atau tempat maklumat untuk landskap dan nursery bagi pengunjung yang datang…..

Maznah bt Mahasan (d2007203118)

Cikgu Piey punya design ^___^

Gambar ini merupakan hasil pertama menggunakan Adobe Photoshop yang mana ia banyak menampak kelemahan. Sebenarnya idea yang ingin diketengahkan ialah Landskap dan Nurseri namun kami telah bersepakat untuk mengecilkan skop kami yang mana kami fokuskan kepada kanak-kanak. Gambar ini menceritakan bagaimana suasana di Tasik Proton City, Tg Malim mampu berubah menjadi sebuah taman permainan kanak-kanak yang mana ibu bapa datang untuk beriadah dan kanak-kanak boleh bermain.

Siapa sangka siap duga…Tasik Proton City Tangjong Malim akan berubah wajah dengan idea-idea baru yang mampu memberikan manfaat kepada komuniti Tanjong Malim. Gambar kedua ini menjurus kepada penggunaan ruang di tepi tasik telah diubah menjadi sebuah landskap kanak-kanak. Para ibu bapa juga berpeluang untuk mempelajari tentang tanaman landskap di gazebo yang telah disediakan.


Kawasan lapang di hadapan bahagian tasik telah diberi nafas baru dengan idea-idea landskap untuk kanak-kanak. Para ibu bapa usah risau dengan keselamatan kanak-kanak yang mana taman ini dibina berhampiran kawasan perumahan dan para ibu bapa juga boleh datang untuk berjonggung atau sekadar menjadi pemerhati kepada anak-anak yang khuyuk bermain. Disamping itu, ibu bapa juga berpeluang untuk bercucuk tanam di kawasan yang disediakan bagi mencantikkan lagi kawasan landskap ini.
(NOR HAPIZAH BT OTHMAN-D20072031113)

Cikgu Pyja punya design ^____^


Di atas merupakan 3 design yang disediakan  untuk tugasan pertama. Kumpulan kami memilih  topik landskap bagi pengubahsuaian  tempat di tasik Proton City. Design yang dihasilkan adalah gabungan antara landskap dan Taman permainan kanak–kanak. Ketiga-tiga design yang dihasilkan adalah taman permainan kanak-kanak yang dilengkapi dengan pelbagai  kemudahan untuk keselesaan  pengguna taman permainan ini. Taman permainan ini juga dilengkapi dengan teknologi yang canggih dan kanak-kanak dapat merasai pengalaman baru melalui digital kiosk interactive yang terdapat dalam taman permainan ini. Taman permainan ini juga mesra pengguna dan dapat memberi ketenangan dan keselesaan kepada pengguna dan terdapat pelbagai jenis tumbuhan yang memberi pemandangan yang menarik pada taman permainan kanak-kanak ini.


(NOORAFIZAH BT SAJIMIN-D20072031128)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...